Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pengambilan Besar-besaran Jawatan JKM Julai 2024 Terbuka untuk Semua

Jawatan JKM Julai 2024

Makluman jawatan JKM Julai 2024. Pengumuman dari JKM yang kini membuka peluang jawatan kosong di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengikut keperluan semasa bagi mengisi kekosongan seluruh negara. Melalui makluman terbaru jawatan JKM Julai 2024, Anda boleh sebarkan makluman permohonan segera ke dalam media sosial anda sebagai peringatan kepada orang ramai.

Suruhanajaya Penjawat Awam (SPA) kini mengumumkan kekosongan jawatan JKM Julai 2024. Permohonan adalah boleh merujuk permohonan secara atas talian dan mesti mengikuti syarat kelayakan dan beberapa maklumat lengkap yang lain.

Makluman SPA Berkenaan Jawatan JKM Julai 2024

Maklumat Berkenaan Jawatan JKM Julai 2024

Berikut adalah merupakan beberapa maklumat berkenaan tawaran jawatan kosong JKM yang dibuka untuk permohonan orang ramai secara online. Ikuti jadual dibawah:

ButiranMaklumat
Senarai Jawatan KosongPegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41
Pegawai Tadbir Gred N41
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41
Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29
Penolong Akauntan Gred W29
Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N19
Pemandu Kenderaan Gred H11
MajikanJabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
LokasiSeluruh Malaysia
KelayakanIjazah, Diploma, SPM dan PMR/PT3
SektorAwam

Tempoh Permohonan Jawatan JKM Julai 2024

Bagi permohonan kali ini, dibuka jawatan JKM Julai 2024 melalui portal SPA untuk pendaftaran baharu atau pengemaskinian terkini berkenaan jawatan kosong JKM. Permohonan boleh dipohon dengan tempoh sekarang dan hendaklah membuat permohonan sebelum tarikh tutup iaitu pada 8 Julai 2024 bersamaan hari Isnin.

Penerangan Skop Jawatan JKM Julai 2024

Berikut adalah merupakan penerangan tugasan kerja bagi pelbagai jawatan JKM Julai 2024:

  • PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S41 :
    • Memberikan perkhidmatan kebajikan yang meliputi pengurusan kes dan khidmat nasihat kepada kumpulan sasar Jabatan. Memastikan perkhidmatan yang diberikan mengikut akta, peraturan dan garis panduan yang ditetapkan.
    • Bertanggungjawab dalam penyediaan laporan kes, kertas kerja, laporan statistik dan aduan.
  • PEGAWAI TADBIR GRED N41:
    • Melaksanakan urusan pentadbiran, pengurusan aset, perolehan, kewangan dan pengurusan sumber manusia bagi memastikan urusan tersebut teratur berdasarkan prosedur/tatacara/pekeliling semasa.
  • PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41:
    • Melaksanakan dasar pendidikan melalui perancangan, penyelarasan, pemantauan dan pengurusan program akademik melibatkan penghuni Institusi Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk melahirkan insan terdidik di samping membangunkan potensi kanak-kanak bagi memenuhi aspirasi negara.
  • PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29:
    • Menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pentadbiran, perolehan bekalan dan perkhidmatan, pengurusan sumber manusia, perkhidmatan personel dan pengurusan pentadbiran pejabat.
  • PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED FA29:
    • Menguruskan dan melaksanakan tugas-tugas berkaitan pengurusan infrastruktur dan pembelajaran ICT sebagai sistem sokongan utama kepada Jabatan Pembangunan Kanak- Kanak bagi memastikan pengoperasian dan kesinambungan perkhidmatan berjalan dengan cekap, lancar dan berkesan.
  • PENOLONG AKAUNTAN GRED W29:
    • Membantu melaksanakan sistem perakaunan kerajaan mengikut prosedur dan peraturan yang berkaitan.
  • PEMBANTU TADBIR KEWANGAN GRED W19:
    • Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan kewangan sepenuh masa di peringkat Kumpulan Sokongan berhubung urusan-urusan kawalan belanjawan, kewangan am, terimaan, perolehan kerajaan, bayaran emolumen, pembayaran, akaun, pelaburan dan pinjaman.
  • PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/ OPERASI) GRED N19:
    • Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan peprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).
  • PEMANDU KENDERAAN GRED H11:
    • Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan serta menjaga kenderaan/jentera di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan. Antara kenderaan/jentera yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini ialah kereta, van, kenderaan ringan pacuan empat roda, bas dan lori.

Rujuk Makluman Jawatan JKM Julai 2024

Jawatan JKM Julai 2024

Untuk membuat semakan berkenaan jawatan JKM Julai 2024, Anda boleh pergi ke pautan rasmi yang disediakan oleh pihak SPA. Maklumat berkenaan hebahan jawatan dan senarai syarat kelayakan boleh dirujuk melalui klik pada perkongsian berikut:

Cara Mohon Kerja Dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat

Bagi membuat permohonan, para pemohon boleh membuat permohonan dengan kadar segera di laman SPA. Berikut adalah merupakan langkah permohonan jawatan kosong di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) :

  • Pemohon hendaklah membuat permohonan secara atas talian melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awarn Malaysia (SPA9).
  • Panduan Pemohon: Pada menu jawatan yang dimohon, sila pilih Lantikan Kontrak/ Tetap (Bukan Lantikan SPA). Pilih jawatan yang ingin dimohon seperti di atas.
  • Alamat untuk surat-menyurat, alamat e-mel dan nombor telefon permohonan untuk dihubungi hendaklah tepat, terkini dan masih aktif.
  • Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang maklumbalas/jawapan dalam tempoh 3-4 bulan dari Tarikh iklan, Pemohon dianggap tidak berjaya.

Selepas siap mengisi beberapa maklumat diri, anda hendaklah membuat pengesahan dan semakan secara berkala mengenai permohonan jawatan kosong kerja anda.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati